Kalau.dah.penat.sangat

August 28, 2007

Di ofis (hari ini).
Meja berselerak. Kertas kerja sana sini. 2 kotak rokok Winston Merah 14 batang, kosong. Botol air mineral juga, kosong. Nota kecil temujanji yang aku lupa untuk pergi. Surat khabar THE SUN, 5 July 2007, masih belum dibaca. Cd-cd kosong, ada juga yang telah diguna pakai. Aku pun tak tahu yang mana satu. Harus diperiksa satu persatu. Pergilah jahanam. Ada seorang perempuan kat ofis ni cakap nak melenting aje. Kasi bingit satu ofis. Mungkin sebab gaji dia besar agaknya. Mulut nak laser. Bahasa nak puaka. Hidupkan komputer, lembab gila. Mata terus pedih bila tengok lama-lama. Aku pun dah lupa benda yang harus dibuat. Dirumah tadi macam ingat. Sampai ofis terus poison. Bank pula telefon, “En. ha.mije.san, kami masih belum terima bayaran kereta untuk bulan ini”. Suara macam comel, tapi cakap macam aku ni pekak. Terus buat aku benci. Pegilah jahanam. “Nanti hujung bulan saya bayarlah!”. Saja ingin bagi aku naik angin. Satu tin air 100plus. Tuang kedalam mulut, sekadar basahkan lidah! Pemetik api ada 2, rokok sebatang pun tak ada. Fail menimbun, mengalahkan CEO. Buku-buku rujukanlah, buku notalah. Kertas conteng pun ada. Bila dilihat kembali, haram aku tak ingat semuanya. Tak lupa juga bil telefon ofis diatas meja. Pengarah yang beri, semalam sebelum pulang. Suruh lihat dan tanda mana-mana panggilan personal yang telah dibuat. Bil melambung katanya. Aiseh, nak kena potong gaji ke?

Dirumah (sebentar lagi).
Maha sepah. Debu sana sini. Baju yang dibasuh semalam masih didalam mesin basuh. Aku lupa lagi. Bil elektrik dan bil air diatas meja. Masih belum berbayar. Astro baru tertangguh sebulan, sudah kena caj lewat bayaran. Kepala hotak dia lah. Surat ntah siapa diatas meja. Bermacam-macam nama. Tuan rumah ada, penyewa lama pun ada. Aku punya, tiada. Permaidani penuh dengan debu, dengan lebihan-lebihan benang yang terkeluar. Buruk sangat rupanya. Habuk rokok merata-rata. Hish. Masuk bilik. Rupa bantal dan alas tilam semacam sang beruang yang baru lepas tidur. Kain baju yang kering, berkeliaran diatasnya. Belum dilipat. Masuk hari ini sudah 3 hari. Lantai terasa melekit bila berjalan. Pokok didalam bilik air pun nampak penat. Layu aje. Aku lupa siram ke?

Dalam kepala otak (daripada tadi).
Cuba juga buat kira-kira. Tapi tak berjaya.
Terus dia kata –

Aku dah malas dah!!

epilog.siri.i.ii.iii.&.iv

August 23, 2007

i. Untuk lelaki itu (kau yang buat aku marah padamu)

kau memang menyakitkan hati aku
maha sakit rasanya
kau berjaya buat aku kusut untuk kesekian kalinya
dan
kau berjaya buat aku ungkit kisah lama
aku masih tidak faham, atau mungkin ada baiknya untuk aku tidak perlu faham – mengapa ia terjadi
mungkin kau kusut, tetapi ini bukan caranya
mungkin kau berserabut, tapi ini bukan penyudahnya
mungkin kau sakit hati
tapi hendak saja aku kata “Pergila mati!!

dengar sini (aku dah marah ni!)
pada waktu itu
dahulu itu
kau tahu tak betapa sakitnya hati aku bila berhadapan dengan
manusia-manusia yang bodoh percakapannya
singkat otaknya
pendek akalnya
bercerita tentang kau
bercerita tentang kami semua
kau tahu tak
betapa sakitnya hati aku mendengar cerca hamun yang tidak kira masa
cerita yang ku anggap karut semuanya
hanya untuk lihat wanita yang kau puja itu tersenyum
dibawa pergi
kau tau tak betapa peritnya untuk aku telan semua itu
aku perlahankan denyut marah maha hebat itu
supaya aku bisa tenang hadapi semua itu
supaya aku bisa senyum hadapi semua itu
kau tau tak
mungkin kau tidak pernah tahu
(salah tu) memang kau tidak pernah ingin ambil tahu
tidak pernah ambil tahu
kami tinggalkan sementara kasih sayang manusia lain kerana kau
kami telan dan kami pejam
biarkan saja
harap esok kembali reda

dan sekarang habis kau buang semuanya
penat aku
sakit akal aku. perit hati aku. pedih mata aku
menggigil aku menaip ini semua
ingin saja aku sumpah seranah sepak terajang
ingin saja aku maki mereka semua kembali

kerana aku tahu kau sedang ketawa

berdosakah aku
biarkan
biar aku tanggung dosa
biar aku tanggung semuanya
pegilah jahanam
pegilah mati
pergilah mampus cilaka pukimak sundal babi

ya
aku masih belum puas hati
dan mungkin ada baiknya juga setelah kau pergi

ii. Untuk wanita itu (aku tetap sayangkan mu)

tiada yang menyakitkan hati kecil aku jika mendengar kau menangis
tiada yang menaikkan amarah aku apabila mendengar engkau merintih
tiada apa yang meresahkan jiwa aku jika mendengar engkau tersisih
aku kagum
aku amat kagum
kau masih boleh berdiri setelah sekian lama
kau masih boleh senyum tertawa dihadapan mereka
kita pernah harung bersama
kau pula hampir hilang segalanya
tapi kau tak pernah putus asa
air itu tidak pernah kering dari mata
kau cuba selindung kesedihanmu
kau cuba tenangkan hatiku
kau cuba hiburkan hatimu
tak mengapa
buangkanlah sedih itu
buangkanlah memori itu ya
tak mengapa
biarkan sahaja lelaki itu pergi
biarkan saja lelaki itu berambus dari sini
dari kita
kerana kau punya cinta
yang maha hebat dari segala
yang aku pasti si lelaki itu takkan jumpa
kerana kau punya aku dan yang lain
yang cinta tak pernah usang walaupun untuk semusim
kerana kau punya cinta aku yang takkan padam
cinta aku yang takkan hilang

iii. Untuk nemoku (kau masih bidadari comelku)

maafkan aku
untuk kertelanjuran aku membawamu pada hari itu
aku lalai
aku mamai
tak sangka begitu padahnya
remuk hatiku melihat kau begitu
betul
aku tak tipu
sakit sungguh hati aku
puas aku menjaga mu seperti sang puteri
melihatkan dirimu remuk dibelakang bontot lori
dipagi hari
maafkan aku ya
lain kali aku tak buat lagi
aku akan hati-hati

iv. Jangan ditanya mengapa

2-3 hari ni aku agak kusut. Kusut dengan kerja. Kusut dengan diri sendiri. Masih kusut dengan kau (!). Ya, engkau wahai sigadis comel. Kusut dengan perutku yang makin bulat membesar. Aku pelik. Aku semakin berselera makan sejak akhir-akhir ini. Kemarahan aku disudahi dengan hidangan tengahari yang lazat tak terkata. Aku tenang setelah perutku kenyang. (Ulang: tenang setelah perutku kenyang).

Aku kusut yang maha hebat. Buat aku pening lagi. Buat aku berfikir lagi. Mungkin semua ini memang telah dijanji. Tak perlu aku persoalkan lagi. Aku cuba tenangkan diri, seperti biasa. Sebagaimana aku mampu harungi dengan tenang untuk yang sebelum-sebelum ini. Aku tak punya kuasa untuk mengubahnya kembali. Sama juga bagi situasi ini.

Kusut ke-tama, kereta aku melanggar bontot lori. Sekelip mata. Hinggakan aku masih tak mampu mengingati kembali bagaimana ia terjadi. Hingga ke hari ini! Aduh!

Kusut ke-dua, duit aku habis lagi. Aku dah mula menyimpan saki baki gaji sebagai wang simpanan untuk beberapa bulan sebelum ini. Habis semuanya aku guna untuk mengubah suai wajah keretaku agar kembali berseri. Tidak mengapa aku fikir, semuanya kerana kecuaian aku sendiri. Sesuai dengan muka aku.

Dan kusut yang ke-tiga, kusut yang maha hebat dari kedua-dua kusut yang diceritakan sebentar tadi. Tetapi aku rasa, mungkin sudah cukup dengan epilog diawal entri ini. Nanti aku sakit hati lagi. Nanti aku marah lagi.

Aku rasa aku perlu bernafas sebentar.

Oh ya, selamat hari lahir untuk wanita itu. Aku sayang akan kamu!!

Pada waktu ini
aku amat rindu pada –
ayahku yang telah pergi
adikku yang telah pergi
datuk dan nenekku yang telah pergi
saudara mara
rakan-rakan yang telah pergi

Pada waktu begini
aku rindu pada –
rakan sekolah yang telah terpisah
pekan kecil diwaktu silam
tali air dan sungai – mandi telanjang menyelam
bermain daun tepuk
tudung botol dan konda kondi
teriak ibu memanggil pulang
balik disebat
esok bermain lagi

Oh ya
aku rindu juga pada ibu dan adik-adik dikampung
diwaktu begini

Pada waktu begini
aku rindu pada –
ketukan pintu si tuan rumah dipagi hari meminta sewa
nasi lemak Arip di Paris bersama telur separuh masak dan vade-nya
atau
beramai-ramai menuju ke Railway untuk mee kari aunty
ke Sunshine untuk sup kambingnya
Nasi beriani Pak Tam tiba puasa
ah..banyak lagi tempatnya!
berkugiran bising bersama teman-teman
berborak dari siang hinggalah ke malam
tak pernah padam
rindu pada Terminal One
untuk aku buang masa
berikan aku 5 minit sahaja!
walaupun loya
walaupun bosan
walaupun terasa hendak bertumbuk dengan penghuninya
tuan kedainya
walaupun dipenuhi dengan gadis-gadis yang kurang comelnya
Rindu pada
Seremban!

Tapi
pada saat ini
aku tau
yang kau dihujung sana tu
rindukan aku
Kan?

Eleh.

antara.ketagih.&.menagih

August 13, 2007

Aku.dah.malas.dah!

Aku gemar menghantar pesanan ringkas sms.

Aku suka bermain kata-kata apabila menulis pesanan ringkas sms. Sudah menjadi kebiasaan untuk aku menggunakan satu-satunya teknologi yang masih mesra pengguna, tak lain dan tak bukan, SMS! Jangankan 3G, nak guna kamera telefon pun aku tak peduli.

Teriak 1: “Kau ni, hari-hari hantar sms. Kenapa tak call aje?” – eh, suka hati akulah.

Teriak 2: “Kau ni, kejap2 flip telefon hantar message. Lepas tu tutup, lepas tu flip balik. Rosak telefon tu nanti baru padan muka kau!” – nasihat yang paling aku suka.

Aku suka menghantar sms sebab aku punya ide-ide, ehem.. salah tu. Aku punya imaginasi yang luar biasa bila berkarya dalam bentuk penulisan sms, terutama sekali (dan untuk kesekian kalinya!) kepada gadis-gadis yang comel. Semacam menulis puisi pendek. Ringkas. Cantik.

Biasanya apabila aku telah dirasuk oleh sindrom sms, dirumuskan bahawa aku akan menjadi begini:

(Telefonku dipegang erat + (Membaca balik message dioutbox – pastikan ayatku tadi disusun cantik)) * Debaran menunggu jawapan balas = Tersenyum sendiri.

Disebabkan ketagihan sms aku, telefon bimbit aku telah mengalami sedikit ganguan mental akibat desakan jari-jemariku yang laju menekan butang-butang abjadnya. Kerana, seperti biasa aku akan pastikan kau mendapat jawapan balas kurang daripada 1 minit! Itu janji aku. Masakan sanggup untuk aku biarkan kau menunggu dengan lebih lama?

Lalu tersimpanlah karya-karya sms yang pernah dihantar dan diterima balas, didalamnya. Dan bergemalah sorakan-hilai-ketawa teman-teman yang berteriak nasihat, konon-kononnya.

Setelah sebulan dibaik pulih, aku berupaya kembali menggunakan keistimewaan aku – sms! Tapi aku dah tak punya sesiapa untuk ber-sms. Tiba-tiba. Kau hilang. Tiada balas. Berhari lamanya!

Jari-jemari aku resah, kau tau tak?!

Uh. Aku ketagih juga untuk menghantar sms padamu, wahai gadis yang comel.

“Awak. Buku yang awak pinjam daripada saya dulu, boleh dipulangkan kembali tak?” – terjemahan ringkas, sms terakhir aku.

Sumpah!

Nota Penting: Tiada jawapan balas hingga ke hari ini untuk sms terakhir aku itu. yay!

kau.dah.bisu.eh?

August 11, 2007

“Kenapa tiba-tiba kau hilang?”

Hidup aku tak pernah lari dari membuat keputusan-keputusan yang kurang bijak; demikian juga bagi yang ini. Keputusan untuk menulis sorakan dan maki hamun hati yang kadang-kadang aku sendiri tak faham. Biarkan mereka tahu. Biarkan mereka ketawa. Aku peduli apa?

Dulu kau kata akulah pelangi mu?

Dulu juga, kau pernah berkata yang aku ni hero (ulang: hero!) mu.

Dan dari dulu lagi, aku dah kata – “Wahai gadis yang comel, jangan terlalu memujiku, kerana aku tak berupaya untuk menahan godaan itu..”

Aku lelaki. Dan aku akan bertindak seperti seorang lelaki. Punya upaya untuk memberi kata-kata keramat yang bisa buat kau goyah. – Bukankah aku dah kata.

Apabila hati dah diusik, semacam ada adunan yang dah sebati sedikit. Akan tahu juga sesuatu yang tak kena pabila sampai waktunya.

Tamat. Habis. Entah kenapa. Hilang. Mana kau pergi?

Nah. Ambiklah ubat. Tulisan ini sebagai tanda rasa marah aku. Aku tak peduli. Aku ingin marah juga. Aku peduli apa.

“Aku menulis bukan kerna nama..” – itu kata Abg. Ramli Sarip.

“Aku menulis kerana kau, kerana aku marahkan kau!” – ini kata-kata aku. Mungkin hanya untuk sekejap sahaja. Jangan takut ya wahai gadis yang comel. Aku tidak sekejam itu.

Oleh itu, membuat satu keputusan yang kurang bijak adalah lebih baik daripada tidak membuat apa-apa keputusan.

Aku.dah.malas.dah!