antara.ketagih.&.menagih

August 13, 2007

Aku.dah.malas.dah!

Aku gemar menghantar pesanan ringkas sms.

Aku suka bermain kata-kata apabila menulis pesanan ringkas sms. Sudah menjadi kebiasaan untuk aku menggunakan satu-satunya teknologi yang masih mesra pengguna, tak lain dan tak bukan, SMS! Jangankan 3G, nak guna kamera telefon pun aku tak peduli.

Teriak 1: “Kau ni, hari-hari hantar sms. Kenapa tak call aje?” – eh, suka hati akulah.

Teriak 2: “Kau ni, kejap2 flip telefon hantar message. Lepas tu tutup, lepas tu flip balik. Rosak telefon tu nanti baru padan muka kau!” – nasihat yang paling aku suka.

Aku suka menghantar sms sebab aku punya ide-ide, ehem.. salah tu. Aku punya imaginasi yang luar biasa bila berkarya dalam bentuk penulisan sms, terutama sekali (dan untuk kesekian kalinya!) kepada gadis-gadis yang comel. Semacam menulis puisi pendek. Ringkas. Cantik.

Biasanya apabila aku telah dirasuk oleh sindrom sms, dirumuskan bahawa aku akan menjadi begini:

(Telefonku dipegang erat + (Membaca balik message dioutbox – pastikan ayatku tadi disusun cantik)) * Debaran menunggu jawapan balas = Tersenyum sendiri.

Disebabkan ketagihan sms aku, telefon bimbit aku telah mengalami sedikit ganguan mental akibat desakan jari-jemariku yang laju menekan butang-butang abjadnya. Kerana, seperti biasa aku akan pastikan kau mendapat jawapan balas kurang daripada 1 minit! Itu janji aku. Masakan sanggup untuk aku biarkan kau menunggu dengan lebih lama?

Lalu tersimpanlah karya-karya sms yang pernah dihantar dan diterima balas, didalamnya. Dan bergemalah sorakan-hilai-ketawa teman-teman yang berteriak nasihat, konon-kononnya.

Setelah sebulan dibaik pulih, aku berupaya kembali menggunakan keistimewaan aku – sms! Tapi aku dah tak punya sesiapa untuk ber-sms. Tiba-tiba. Kau hilang. Tiada balas. Berhari lamanya!

Jari-jemari aku resah, kau tau tak?!

Uh. Aku ketagih juga untuk menghantar sms padamu, wahai gadis yang comel.

“Awak. Buku yang awak pinjam daripada saya dulu, boleh dipulangkan kembali tak?” – terjemahan ringkas, sms terakhir aku.

Sumpah!

Nota Penting: Tiada jawapan balas hingga ke hari ini untuk sms terakhir aku itu. yay!

Advertisements

5 Responses to “antara.ketagih.&.menagih”

  1. pidda Says:

    Engkau memang penchintar wanitaa..hehe

  2. lola Says:

    telefon dia hilang kot?

  3. ha.mije.san Says:

    Pidda.
    Aduh! Terus ingin nyanyi lagu irwan shah versi kelantan!

    Lola.
    Mungkin juga. Atau mungkin sudah hilang ingatan? 😉

  4. z[a] Says:

    gue pernah mengalami kejadian seperti ini(tp ayat sms tuh takde lew semacam puisi pendek mahupun berbunga-bunga)tu pasal skang da malas nk melayan sesape.huhuhuhu~

  5. ha.mije.san Says:

    z[a]:
    puisi pendek itu tidak berbunga. Cuma apabila dibaca, berdebar aje rasa nya..hah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: