jangan.biarkan.aku.mati.pada.hari.ahad!

August 16, 2007

Pada waktu ini
aku amat rindu pada –
ayahku yang telah pergi
adikku yang telah pergi
datuk dan nenekku yang telah pergi
saudara mara
rakan-rakan yang telah pergi

Pada waktu begini
aku rindu pada –
rakan sekolah yang telah terpisah
pekan kecil diwaktu silam
tali air dan sungai ā€“ mandi telanjang menyelam
bermain daun tepuk
tudung botol dan konda kondi
teriak ibu memanggil pulang
balik disebat
esok bermain lagi

Oh ya
aku rindu juga pada ibu dan adik-adik dikampung
diwaktu begini

Pada waktu begini
aku rindu pada ā€“
ketukan pintu si tuan rumah dipagi hari meminta sewa
nasi lemak Arip di Paris bersama telur separuh masak dan vade-nya
atau
beramai-ramai menuju ke Railway untuk mee kari aunty
ke Sunshine untuk sup kambingnya
Nasi beriani Pak Tam tiba puasa
ah..banyak lagi tempatnya!
berkugiran bising bersama teman-teman
berborak dari siang hinggalah ke malam
tak pernah padam
rindu pada Terminal One
untuk aku buang masa
berikan aku 5 minit sahaja!
walaupun loya
walaupun bosan
walaupun terasa hendak bertumbuk dengan penghuninya
tuan kedainya
walaupun dipenuhi dengan gadis-gadis yang kurang comelnya
Rindu pada
Seremban!

Tapi
pada saat ini
aku tau
yang kau dihujung sana tu
rindukan aku
Kan?

Eleh.

Advertisements

2 Responses to “jangan.biarkan.aku.mati.pada.hari.ahad!”

  1. pidda Says:

    rindu pada jawatan mallrats itu!Tiada apa yang lebih membanggakan dari saat bersiar2 di terminal one tanpa arah tujuan sambil angguk tanda setuju kepada mallrat yang lain..

  2. ha.mije.san Says:

    Pidda.
    jawatan itu maseh kosong. maseh boleh di isi. tidak perlu pengalaman atau pun sijil pelajaran. yang diperlukan hanyalah ketabahan hati beserta mental yang kuat.

    lagenda mallrats terminal one.
    bising.nyaring.menang tanpa bertanding!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: