ejakulasi.ini.buat.aku.senyum.sendiri

September 5, 2007

Aku cuba mahu bercerita.

Aku cuba berkongsi kisah-kisah yang aku rasa mahu untuk dikongsi bersama. Buat kamu semua tersenyum. Mungkin ada juga yang buat kamu semua ketawa. Tetapi bukan gembira. Dan mungkin antaranya untuk kamu buat (atau memang suka buat) andaian dan penilaian yang bersifatkan membina ataupun mungkin bersifat menghina. Mungkin aku tidak akan ambil peduli dan untuk itu, seperti biasa – “Pergilah mati!!

Mungkin buat kamu tertanya-tanya, mungkin buat kamu sakit kepala. Siapa suruh baca, kan aku dah kata?

Mungkin buat kamu bengang atau marah (untuk yang ini, mungkin pasti akan terjadi pada si gadis comel itu, yang berkemungkinan besar terjumpa juga akhirnya akan blog ini). Aku suka kalau khayalannya begini – Lalu, terus dia menukar nombor telefon bimbitnya, membuang nama aku dari golongan-golongan sahabat jaringan sosial internetnya. Membakar cenderahati yang pernah aku beri. Membuang pesanan-pesanan ringkas sms aku yang lama, yang selalu dibacanya pada waktu kala dia rindu dan sunyi (senyum). Dan ini mungkin marah yang maha hebat – aku terima hantaran pos yang dibelakangnya berbunyi “SAYA BENCI AWAK!!” – didalamnya berisi cebisan-cebisan kertas kecil. Yang basah, yang sudah terkoyak dicarik. Yang renyuk dan yang telah dibakar hangus. Hitam. Mungkin sebelum itu telah dipijak-pijak, diconteng-conteng, dipulas hempas. Yang tinggal hanya kertas-kertas kecil yang tidak berdosa, berisi beberapa abjad yang apabila dibaca, terasa seperti anak kecil belajar mengeja. Dinding dan lantai jadi saksi. Rakan-rakan sepengajian jadi saksi. Ditengah-tengahnya pula, punya titisan-titisan (atau lebih) cecair likat, mungkin air liur. Dan mungkin disertakan juga dengan sedikit najis-najis ringan. “Biar kau rasakan!” – katanya.

Dan semasa proses itu, berlakulah teriak kuat sorakan maki hamun nama aku.

Oh, buku aku yang dipinjam dulu rupanya. Terima kasih ya!

Aku tidak menyangka aku puas setelah aku tulis ini semua. Mungkin buat aku tersenyum apabila aku masih punya himpunan tulisan ini. 10 tahun lagi. Dibaca dikala aku tua. Setelah punya segala. Setelah semua cerita ini aku hampir lupa. Atau mungkin buat aku malu, buat aku benci, dan buat aku buang semua ini – dan minta maaf pada semua orang yang telah membacanya.

Tetapi itu bukan mesejnya.
Mesejnya, aku ingin bercerita.
Noktah.

Tapi aku tak punya banyak masa!

Advertisements

2 Responses to “ejakulasi.ini.buat.aku.senyum.sendiri”

  1. z[a] Says:

    hmmmm~nape tak banyak masa pule?

  2. ha.mije.san Says:

    kerja pencacai diofisi ini buat aku terus sibuk dari pagi hinggalah ke malam hari. Haih.
    Untuk entri ini, disiapkan semasa sedang meeting.
    Lakonannya begini: Mata sekali sekala dimonitor. Jari-jari perlahan-lahan menaip. Sekali bersuara juga. Diam. Angguk tanda setuju. Senyum. Dan sesekali pura-pura berkerut. Tanda sedang berfikir.
    Ulang lakonan berberapa kali.

    Entri tamat. Tepuk tangan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: