tak.perlu.berfikir.penjang.jika.sendirian

September 7, 2007

Aku dijemput hadir untuk majlis keramaian makan malam oleh sebuah syarikat korporat-keparat, ini malam. Majlis yang disediakan untuk pelanggan-pelanggan mereka yang telah banyak menghabiskan duit syarikat dengan menggunakan servis mereka yang dikatakan berbaloi dengan jumlah yang dikeluarkan. Hah, tolonglah. Dengan kata lain, majlis ini diseparuh-taja secara lansung oleh bayaran ribuan ringgit yang telah kami belanjakan. Ada makan-makan. Ada ucapan-ucapan bodoh. Ada majlis cabutan bertuah. Dan punya malam tema iaitu, Merah. Hebat bukan? Dan sebahagian kami akan terus sahaja mengagumi hasrat murni syarikat terbabit yang bersusah payah menghabiskan duit itu kembali kepada kami.

“Kerana anda adalah keutamaan kami” – Eleh.

Ok. Itu tidak penting. Sebab duit yang telah habis beribu-ribu itu bukan duit aku. Yang penting, majikan suruh aku pergi. Mereka tidak dapat memenuhi jemputan itu atau mereka memang malas untuk melayan benda-benda mengarut seperti itu.

Baiklah. Aku cuba untuk pergi, atau ada bagusnya juga aku pergi. Boleh makan sepuas-puas hati. Tambah berat sikit lagi. Tetapi aku perlu beri pengesahan dengan segera. Aku mula isi borang dan dipertengahan jalan, aku letak kembali pena diatas meja. Sesuatu berjaya menganggu benak fikiran aku. Setelah habis mengisi nama aku, ada satu lagi nama yang perlu aku isi. Partner’s Name. Nama pasangan?

Puas aku berfikir, siapa yang patut aku bawa bersama.

Teman nombor 1: Aku jemput seorang gadis comel ini. Keberatan. Punya majlis keramaian anak buah, katanya. Baiklah. Tidak mengapa.

Teman nombor 2: Sahabat baik aku. Lelaki. Tapi katanya, kami boleh berlakon jadi teman sejenis. Bawa anaknya sekali. Boleh raih publisiti! Aduh!

Teman nombor 3: Seorang gadis yang telah aku berhubung dengan hanya melalui pesanan ringkas sms(!), berbulan lamanya. Ini cadangan teman nombor 2. Tetapi aku rasakan ia masih belum sesuai. Belum sesuai untuk semua. Dan belum sesuai untuk diceritakan disini juga. Hah.

Teman-teman lain: Entahlah! Aku rasa aku tak punya sesiapa lagi. Dan aku.dah.malas.dah! untuk berfikir lagi.

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang, waktu yang paling sesuai untuk pergi minum petang dan terus pulang. Dan aku masih belum hantar borang pengesahan. Dengan kata lain, aku berjaya juga untuk tidak pergi. Dengan kata aku, pergilah jahanam!

Advertisements

5 Responses to “tak.perlu.berfikir.penjang.jika.sendirian”

  1. z[a] Says:

    tak payah bawak temankn senang..tak perlu nk pk..

  2. epol Says:

    ajak aku lah gi wei dinner tu hahaha kite blh berlakon jd adik abg

  3. suefami Says:

    Teman nombor 2: is a good choice.. Boleh melantak sakan! orang tak semestinya nengok sebagai teman sejenis istemewa .. melainkan anda nak mereka melihat begitu.. TAPI AT THE END OF THE DAY.. IT DOESN’T MATTER ANYMORE COS U DIDN’T GO!

  4. raduan Says:

    Dah malas dah tak pe,tp jgn suruh pegi jahanam,
    tak baik tau.

  5. ha.mije.san Says:

    z[a]: šŸ™‚

    epol: masuk ni dah 18kali aku kata yang aku tak mahu jadi abang kau!!

    suefami: Ya. Itulah yang cuba disampaikan.

    en. raduan: aku cuba juga untuk gantikan ekspresi itu kepada:
    1. “pergilah tidur!” atau
    2. “pergilah makan!” dan
    3. “pergilah jalan-jalan!”

    tapi..sungguh bukan aku disitu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: