memori.aku.sama.kamu.buat.mata.aku.kelabu

September 12, 2007

Minggu yang lepas sudah, aku ada diajukan beberapa soalan oleh rakan taulan yang rata-rata mempunyai persoalan yang sama mengenai cerita-cerita aku disini.

Soalan 1: “Eh, kenapa blog kau manjang emo je?” – Epol namanya. Jelas nampak ceria apabila aku sering dikaitkan sebagai abangnya!

Soalan 2: “Oi! Kau ni hisap ice ke? Kenapa entri asyik emo je lately?” – Bidan. Teman baik yang katanya, pandai berzanji dan pernah juga menang dalam pertandingan khutbah jumaat dizaman sekolah dahulu.

Soalan 3: “Dey! Apa ni? Luahan rasa hati ke?” – Anir. Juga teman lama yang cuba-cuba membaca cerita aku disini.

Soalan 4: “Hey, like your blog! Say, what are you doing this thursday night eh?” – Gadis comel entah siapa. Seperti biasa. Ini imaginasi aku. Watak yang seringkali muncul menganggu aku apabila aku menulis.

*Ambil nafas*

Aku tidak pandai bercerita politik. Minta ampun.

Aku juga kurang arif untuk bercerita mengenai masalah-masalah negara di seantero dunia. Sungguh kurang arif.

Aku tidak akan sama sekali mahu bercerita tentang artis-artis yang bukan-bukan di Malaysia. Semua aku senarai hitamkan. Kecuali mereka-mereka seperti, oh-sungguh-comel Cheryl Samad, ataupun Mizz Nina.

Aku juga tidak tahu bercerita mengenai sejarah Malaysia, kerana aku hampir gagal dalam matapelajaran sejarah untuk peperiksaan SPM yang lalu.

Sebentar. Sila masukkan sekali Deanna Yusof didalam senarai artis sebentar tadi.

Aku lebih suka mendiamkan diri dari bercerita mengenai alam sekitar, kesan pemanasan global, kepupusan haiwan, semangat patriotisma hanya tiba tatkala sambutan merdeka. Atau mengenai isu-isu remaja pongget, remaja rempit, remaja rosak akhlak, remaja-remaji, itu dan ini.

Pasal ekonomi? Tolonglah.

Aku juga tidak mampu memberi cerita-cerita nasihat berunsur keagamaan, kerana aku masih jauh. Masih merangkak mencari arah hala tuju ke jalanNya.

Jangan cuba-cuba tunggu aku bercerita tentang revolusi diri, peningkatan kendiri atau apa sahaja jenis cara untuk meningkatkan tahap keyakinan diri. Baik pergi minum kopi.

Dan, jangan bermimpi untuk lihat aku bercerita mengenai perkembangan terbaru dunia peragaan, fesyen-fesyen terkini remaja Jepun ataupun negara barat – yang selalunya dikaitkan dengan jenama yang aku sendiri tidak berupaya menyebutnya.

Akhirnya, aku juga tidak akan sama sekali membuang masa dengan bercerita tentang kisah-kisah yang tidak ada kaitan dengan diri aku dan mereka-mereka disekeliling aku.

*Tahan nafas*

Tidak dinafikan, hampir kesemua cerita aku memang berunsurkan emosi sedih yang kadang kala buat aku mual, jelek, dan bosan. Hinggakan kadangkala hendak juga aku ketawakan pada diri sendiri. Dan aku pasti, adalah mustahil untuk cerita-cerita aku ini akan menaikkan ghairah berahi sesiapa sahaja untuk diulang baca. Sekarang, mari aku tunjuk kenapa kebanyakan cerita aku selalu berkisar tentang emosi kelam kabut – sifat yang adakalanya kurang elok diceritakan kepada orang ramai yang rata-ratanya akan menjadi cerdik pandai apabila membuat andaian.

Sedia?

Genggam tetikus kamu dengan erat. Pastikan tetikus berfungsi. Kalau tidak tahu apa itu tetikus, teruskan bacaan. Buat-buat tahu sahaja. Pastikan juga mata anda tepat kearah penunjuk tetikus dihapan monitor. Ajukan arah penunjuk kepada tajuk blog aku iaitu, Aku.dah.malas.dah!

Jika anda perasan, penunjuk tetikus akan berubah daripada anak panah kepada bentuk tangan seperti sedang menunjuk. Jangan hairan. Jangan kaget dan jangan cuba-cuba buat terkejut.

Dan sekarang, sila baca perenggan dibawah tajuk blog tadi,
just.another.heartache.blog

Terjemahan, sesiapa?

*Hembus nafas*

Advertisements

13 Responses to “memori.aku.sama.kamu.buat.mata.aku.kelabu”

  1. z[a] Says:

    blog yg emo is who u are..huhu~

  2. azrul Says:

    dah banyak blog politik, lebih baik baca tentang heartache orang lain. πŸ™‚

  3. jorji Says:

    cerita la pasal pengalaman saudara naik vespa comel dari uptown damansara ke seremban…saya sentiasa emo bila teringat akan kisah tu…muehehe

    Blog politik buat saya stress.blog luahan perasaan yang ketidakpuasan hati tentang ntah apa-apa hanya membuang masa.Blog tentang menonjolkan diri sebagai seorang yang modern membuatkan saya tersenyum.

    Blog tentang mempersoalkan agama buat saya ketawa…
    Tak kisah la apa agama atau tiada agama.

    Walaubagaimanapun..masing2 punya blog lah..masing-masing punya pasal.

    TETAPI! apada mizznina? Dia dah tak ‘in’ dah…mana musim lagi mizznina?

    Maya Karin baju merah iklan celcom saya bagi markah penuh 100% sebanyak 2 kali!!

  4. ha.mije.san Says:

    z[a]: Percayalah, saya seorang yang senantiasa ceria!

    azrul: ayuh raikan jiwa kacau!

    jorji: Aiseh. Mizz Nina sudah tidak ‘in’ kah? Kalau dulu dia hot chicks, sekarang dia jadi hot babe lah..

    Kalau Maya Karin baju merah pakai tudung tu, Tuan Guru Nik Aziz pun terus kata setuju!

  5. bidan Says:

    Errr… Hey, like your blog! Say, what are you doing this thursday night eh?

  6. Haniey Says:

    i like ur blog too…i dislike political blogs..blog like yours really entertaining…makes me feel like reading a novel

    cheer up, ok..keep writing! πŸ™‚

  7. ha.mije.san Says:

    bidan: Oi!

    Haniey: Yay!

  8. suefami Says:

    ha.mije.san: Pandangan kite seroper!

  9. epol Says:

    i like yr blog too abang muahahah

  10. lola Says:

    being melancholic is such a pleasure sometimes!

    p/s: blog emo tak pe…jgn ber-fesyen emo sudah la!

    aku dah malas dah!!!

  11. z[a] Says:

    ha.mije.san~~ bile mau update blog???sy suda buhsan neh…da takde heartache da kew kamooo…huhu~

  12. ha.mije.san Says:

    lola: Yup, me melancholy, me guilty pleasure. Less guilty, more pleasure? Hah.

    z[a]: Baek! Terus saja saya update ini hari!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: