sudah lama aku tak menulis.
kenapa?

entah.
aku malas untuk bercerita.
terlalu panjang,
terlalu menyakitkan,
terlalu menampakkan kebodohan,
terlalu bahalol,
terlalu badigol,
terlalu betul,
terlalu “ha..itulah, kan kitorang dah cakap..”
terlalu buat aku rasa seperti separuh mati,
terlalu buat aku rasa benci pada diri sendiri.

mungkin hidup selalu diperolokkan oleh jelmaan-jelmaan kebahagian yang terang-terangan hanya menjelma membogelkan diri didepan mata.
mengkelabukan mata hati.

habis dikelambukan pemikiran logika.
habis ditutup sajikan semua.
padan dengan muka!

kekurangan pada aku itu aku akui.
maafkan aku untuk kesekian kali.

memang padan.
memang sesuai.
tapi, sampai bila harus padan dan sesuai?
sampai pagi?
sampai semua orang puas hati?
sampai kiamat datang membakar diri?

pergilah mati.
aku maseh punya banyak episod kehidupan untuk diharungi.

Advertisements

fikiran.kosong.ini

November 19, 2008

kala tiba malam.

kala bulan dilindung hujan.

kala lampu ditutup padam.

kala mata dipaksa pejam.

harap bawa aku jauh,
dari kehidupan yang menikam tubuh.

tuah.hati.kental.kayu

November 14, 2008

ibarat Hang Tuah yang setia pada Sultan Mansur Shah.

aku juga setia mendengar kata boss di tempat kerja aku.
mungkin sebab dia boss aku.
kalau aku yang boss, dah tentu dia yang patut dengar kata aku.
keseorangan dirumah besar ini buat aku mengantuk.
tv 21 inci tak banyak membantu.
tiada apa disini.
sunyi.
hujan dari tadi.
aku perlu pulang.
tapi boss aku tak benarkan.
membuang hari, katanya.

kerja dikejauhan ini sangat perlukan pengorbanan.

korban 1: buang sesi minum petang dan lepak diwaktu malam bersama rakan-rakan.
korban 2: buang sesi menonton di panggung wayang.
korban 3: buang sesi berehat ditepian pantai port dickson.
korban 4: buang sesi memongget dikelab malam
korban 5: buang sesi hari minggu untuk melihat kelibat gadis-gadis yang-oh-sungguh-seksi ditengah laman kota.
korban 6: buang sesi peluk cium dengan anak buah aku, layla kathija.
korban 7: buang sesi ke the curve, mid valley, atau one utama untuk meraikan kegairahan manusia membeli belah.
korban 8: buang sesi bersukan snuker bersama jorji.
korban 9: buang sesi menyorak pasukan bola kegemaran, juga bersama jorji.

dan korban paling besar yang terpaksa aku akur buat,

korban 10: buang sesi untuk bertemu dengan gadis-gadis yang perlukan bantuan untuk pulang ke rumah, atau ke tempat kerja, atau perlukan khidmat teman gelak ketawa kemana-mana.

10 aturcara hidup paling yang penting dalam kehidupan aku buat masa sekarang. aku tak minta lebih.

tak tidur malam, demam-demam, komitmen yang melampau; adalah salah satu sifat semulajadi yang aku ada untuk setiap kerja yang aku buat.

sama seperti Hang Tuah, tetap setia menurut perintah biar pernah difitnah sultan sendiri dan terus menerus berkhidmat bersama keris sakti hingga akhirnya membunuh teman kandung sendiri.

hidup tanpa pengorbanan ialah hidup tanpa hati dan perasaan.
hidup tanpa hati dan perasaan ialah hidup seperti tiang kayu.

tapi, kalau dah semua aku korbankan – tidakkah hidup aku sama seperti yang aku nyatakan?

hidup seperti tiang kayu.

dan, aku tak mahu sama sekali menjadi seperti Hang Tuah.

kembali.disini

November 11, 2008

wahai
semua

‘bidadari mimpi’,

aku
kembali.

lama
menanti
?
tapi
aku tak
janji
.

berapa
lama
lagi
akan
aku
mula
langkah
ini.

mungkin sehari dua ini.

mungkin satu minggu lagi.

atau mungkin
hingga
aku
sudah
berani
.

berani

hadapi semua
ini.

siapa yang
peduli
kalau
ia
sedekad
lamanya
lagi.

suatu hari akan tiba

nanti.